Monday 16 December 2013

NIKAH MUDA :)

Nikmatnya Menikah diwaktu Muda

Monday 9 December 2013

CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH

Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau nak tahu, jom kita lihat…


1.       Mentaati kedua ibu bapaSentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam.Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.


2.       Tingkah laku dan akhlak dipelihara.Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri, apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga.


3.       Kasih sayang kepada ibu bapa.Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih sayang orang tua yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan ke dunia ini.


4.       Rajin beribadat kepada Allah SWT.Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, adik-adik juga perlu mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah SWT. Lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah adik-adik akan menjadi anAk yang soleh.


5.       Ikhlas dalam melakukan sesuatu. Ikhlas ini amat penting dan amat perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan seeloknya lakukannya kerana Allah SWT.



Adik-adik, ini antara ciri-ciri yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Usaha yang berterusan amat perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang dilakukan tadi mendapat keredhaan dan diberkati Allah SWT. Jom kita berusaha bersama-sama gembirakan ibu dan bapa kita. Merekalah permata hati.

Wednesday 4 December 2013

Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan


Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebakBiodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan | Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati Malaysia yang Syahid pada 2 November lalu. Harini Dr Fuh nak share sedikit tentang biodata Ahmad Ammar dan sedikit sebanyak perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Ammar sehingga beliau disemadikan. Semoga perkongsian ini membuka mata kita khususnya yang beragama Islam supaya mengikut jejak langkah Allahyarham.
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Dirajadan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Kenapa Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki?

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sedikit Catatan Yang Dr Fuh Kongsikan Dari Wall Puan Nur Azlina, Ibu Ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

*copy paste :) 

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE'

Khitbah


Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Tuesday 19 November 2013

Kpop News 2013













On November 17th, SHINee, along with actress Kim Jung Nan, will be participating in the final episode of SBS’s variety show, Barefoot Friends. The idea of the show was to visit the boy band in their dormitory along with the actress and to bring them food, courtesy of Kim Jung Nan’s home cooked meals.

As soon as the food was brought to them, the members gobbled down every last bit of it, surprising even Kang Ho Dong, MC host known as the Eating King of television. The idols were very grateful towards the actress for supplying the food and being kind enough to deliver it to them. You’d be surprised at how much these boys could eat. It’s nothing short of amazing, really.


Because of Minho’s drama filming schedule, he had to leave in the middle of shooting, but not without squeezing in another morsel of food. “I’ll leave after taking another bite and sip of the bean soup.” And it is this kind of appetite that has branded SHINee with the Eating-dol title. And it suits them extremely well.

Barefoot Friends’ final episode including SHINee and actress Kim Jung Nan will be broadcasted on November 17th, 4.55 p.m, on SBS.

Tuesday 12 November 2013

Demam KPOP

Pernah dengar Super Junior ?? Beast ?? 2pm ?? Shinee ?? Kara ? Girls Generation (SNSD) ?? Secret ?? 4minute ? ?
Tak pernah ? ?
Er er . . Kalau xpernah..tak tau nak cakap macam mna
Kalau dengar radio sekarang pun dah boleh dengar lagu-lagu korea kat corong2 radio kat Malaysia ni kan..so paling tidak pun pernah dengar lagu "Hot Issue" dari 4minute.. betol kan kan kan???
Walaupun radio2 di Malaysia kirenye agak terkebelakang sikit dalam penyiaran lagu2 korea yang saya da mula bjinak-jinak mendengar pada umur 18 tahun... masa itu lagu Wonder Girls - Nobody tengah hangat dipasaran! uhuhu..
Haa?? Tak pernah dengar jugak ?? ermmm.
Okay okay..but but but..topik yang saya nak bukak sekarang ialah . .
Kenapa boy band seperti yang berada di Korea sukar di wujudkan di Malaysia ?? For woman its for sure memang tak patut lah kan.. kalau nak joget2 seperti mereka . .

First..
Saya rasa . . Mungkin salah satu sebab ialah persekitaran di Malaysia yang kurang menyukai golongan lelaki2 jambu..Kenapa??its happened around me..Kalau nampak lelaki2 comel or jambu..
"Gay boy beb! "
"Euwww..muka camtu..mcm pondan weh"
Seriusly..tak tipu punya . .
Kadang-kadang jadi topik among us..
Bila nampak lelaki2 jambu merokok.. My fren will said
"Biasa r weh . . Dorang merokok tu bagi dorang nampak macho sikit . . xnak nampak lembik"
What??? Silly thing right ? ?
Tapi tu lah kenyataan nya..kalau kita tengok boy band di korea..majoritinya mempunyai rupa yang ala-ala jambu gitu..xpcaya?? search sekarang . . hehehe .. meh saya bagi satu dua contoh..so entry ni tak lah membosankan sangat kan..huhuhu


yang ni.. Kim Hyun Joong..Ha!! Pernah tengok citerrr Boys Over Flower?? So mesti kenal la kan.. Alaa..Meteor Garden versi korea tu.. Hyun Joong ni merupakan leader tok group SS501.. aktor korea yg sy paling minat gitu. hihi :)