Monday 9 December 2013

CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH

Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau nak tahu, jom kita lihat…


1.       Mentaati kedua ibu bapaSentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam.Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.


2.       Tingkah laku dan akhlak dipelihara.Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri, apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga.


3.       Kasih sayang kepada ibu bapa.Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih sayang orang tua yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan ke dunia ini.


4.       Rajin beribadat kepada Allah SWT.Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, adik-adik juga perlu mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah SWT. Lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah adik-adik akan menjadi anAk yang soleh.


5.       Ikhlas dalam melakukan sesuatu. Ikhlas ini amat penting dan amat perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan seeloknya lakukannya kerana Allah SWT.



Adik-adik, ini antara ciri-ciri yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Usaha yang berterusan amat perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang dilakukan tadi mendapat keredhaan dan diberkati Allah SWT. Jom kita berusaha bersama-sama gembirakan ibu dan bapa kita. Merekalah permata hati.

3 comments:

  1. done follow here #7. Mind follow me back.. http://shirochan99.blogspot.com

    ReplyDelete




  2. Togelhoki8 situs betingan online terpercaya
    yang menyediakan deposit via bank lokal dana.
    ovo.gopay link aja.dan pulsa telkomsel .xl.3
    dengan deposit mulai dari 10.000 an dan wd 50.000
    an saja sudah bisa bermain sepuas nya :)


    https://159.89.175.252/

    ReplyDelete